TIME & RATE

  • Minimum kadar sewaan adalah 1 hari.
  • Sekiranya anda mahu sewa kurang daripada 1 hari. Kadar sewa tetap dikenakan untuk 1 hari.

  • Tempoh sewaan adalah selama 24 jam. Dalam tempoh 24 jam anda boleh menggunakan kereta yang di sewa kemana saja di dalam Semenanjung Malaysia. (Tidak termasuk Langkawi)
  • Tempoh pulang kenderaan adalah selama 1 jam
  • Contoh: Anda sewa jam 5PM hari ini sehingga 5PM esok. Anda mesti pulangkan kepada kami sebelum jam 6PM.

  • Jika anda pulang lewat dari jam 6PM (iaitu tempoh lewat daripada 1 jam), anda akan dikenakan caj sebanyak RM10 untuk setiap jam yang lewat.
  • Maksimum caj RM10 setiap jam adalah sebanyak 6 jam.
  • Sekiranya anda pulangkan lewat dari tempoh ini. Kami akan caj anda kadar sewaan 1 hari berikutnya.

  • Sekiranya penyewa tidak pulangkan kenderaan dalam tempoh 24 jam tanpa pemberitahuan kepada kami. Kami akan caj anda sebagai kes curi kereta. Kami akan membuat laporan polis tentang hal ini.

  • Deposit perlu diberi semasa hendak menyewa kenderaan daripada kami.
  • Kadar deposit = kadar sewa.
  • Contoh: Kadar sewa sehari PROTON SAGA FLX ialah RM120/hari
  • Maka deposit juga perlu diberi sebanyak RM120.
  • Deposit akan dipulangkan semula setelah kereta selamat diserahkan kepada pihak kami dengan baik dan selamat.

  • Kos penghantaran adalah percuma untuk kawasan Shah Alam. Sekiranya anda berada diluar kawasan Shah Alam dan mahu kami hantar kereta kepada anda, kami akan caj setiap kilometer RM1 daripada kawasan kami. Kiraan mileage akan dikira melalui meter mileage kami.

  • Setiap urusan penghantaran, anda mestilah menghantar kami semula ke tempat asal operasi kami.
  • Bagi sewaan lewat malam, kos pengurusan akan dikenakan sebanyak RM50, tidak termasuk kos penghantaran.
  • Penghantaran lewat malam dikira mulai jam 10PM - 7AM.
  • Kos pengurusan penghantaran tidak termasuk dengan kos tol, parking dan sebagainya. Jika ada kos berkenaan terlibat. Pelanggan hendaklah menanggung kos tersebut.